



Puan Faezah Binti Abdul Rasid bermula dengan perniagaan kecil seperti nasi ayam, laksa dan bihun sup. Demi mengembangkan diri sebagai usahawan, beliau aktif mengikuti program keusahawanan NADI Felda Besout 02 termasuk Usahawan Angkat, Usahwan Zero to Hero, kelas keusahawan Empowher serta kelas percuma bersama NCER. Semuanya berjaya diselesaikan hingga beliau layak hadir ke Konvokesyen Usahawan NCER.
Tidak berhenti belajar, beliau turut menyertai Kelas Mahir Masak kemasukan pertama untuk meningkatkan kemahiran dan mencuba peluang baharu. Hasil usaha gigih dan kesungguhan, beliau kini berjaya membuka kedai makanan Western di FELDA Gunung Besout 01.
Daripada jualan kecil-kecilan kepada pemilik kedai sendiri Puan Faezah membuktikan bahawa ilmu, keberanian dan tindakan konsisten mampu mengubah masa depan.
Antara program yang disertai sepanjang tahun di NADI:
Usahawan Angkat NADI
-Program NCER – KURSUS PEMPROSESAN MAKANAN & RETORT
-Program Usahawan Zero to Hero NADI
-Program Empowher Usahawan NADI
-Program Mahir Masak Intake Satu
Video disini:https://vt.tiktok.com/ZSajrfRue/