mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI NADI X KEUSAHAWANAN – BUSSINES 101

Program NADI x Usahawan akan menganjurkan Sesi Latihan Keusahawanan – Business 101 yang akan dijalankan untuk 35 sesi di lokasi-lokasi terpilih di seluruh Malaysia. Program ini Terhad kepada 10 penyertaan sahaja.

Tujuan utama Sesi Latihan Keusahawanan – Business 101 ini adalah untuk memberikan latihan asas keusahawanan yang direka khusus untuk memperkasakan para peserta dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang perniagaan serta menjadi sesi pengenalan kepada program NADI x Usahawan. Untuk makluman, Latihan Keusahawanan – Business 101 ini adalah percuma dan akan dibiayai sepenuhnya.

Sesi Latihan Keusahawanan akan bermula pada Oktober hingga November 2024 bertempat di lokasi terpilih mengikut lokaliti usahawan yang akan dimaklumkan kelak.

KRITERIA PESERTA:

1.Berdaftar sebagai Ahli NADI Besout 2 (Bayaran Ahli RM5)

2.Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

3.Terbuka kepada semua usahawan termasuk individu yang berminat memulakan perniagaan.

4.Peserta hendaklah memberikan komitmen sepanjang program dijalankan.