| Tarikh: | 14 Mac 2026 |
| Masa: | 9.00 am – 3.00 Pm |
| Tempat: | NADI Felda Gunung Besout 02 |
| Jumlah Peserta: | 50 Orang |
Program Bazar Raya NADI Felda Besout 02 yang telah berlangsung dengan meriahnya pada 14 Mac 2026 berjaya menarik kehadiran ramai pengunjung dari komuniti setempat.
Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan antaranya pertandingan mewarna (dewasa & kanak-kanak), kuiz spontan Raya, serta jualan usahawan NADI yang menawarkan pelbagai juadah dan barangan sempena Ramadan dan persiapan Aidilfitri. Selain itu, turut diadakan saringan kesihatan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penjagaan kesihatan.
Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan komuniti, malah memberi peluang kepada usahawan tempatan untuk mempromosikan produk mereka kepada orang ramai.
Pihak penganjur ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengunjung, peserta, dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memupuk semangat kebersamaan dalam komuniti.
Gambar disini:
https://feldabesout2.nadi.my/program-bazar-raya-nadi-felda-gunung-besout-02/
