SARINGAN KESIHATAN JULAI 2026






Program Saringan Kesihatan bagi bulan Julai 2026 telah berjaya dilaksanakan di NADI. Seramai 6 orang peserta telah hadir untuk menjalani ujian saringan kesihatan secara percuma.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan melalui pemeriksaan asas, di samping menggalakkan amalan pemantauan kesihatan secara berkala. Program ini mendapat sambutan yang baik daripada komuniti setempat dan diharapkan dapat diteruskan bagi memberi manfaat kepada lebih ramai penduduk pada masa akan datang.